Bidaan Penjanaan Menjalankan & Menguruskan Perkhidmatan Kafeteria di Pusat Pengurusan Akademik (PPA) Lingkungan 1 dan 2 (UKM)

IKLAN/HEBAHAN BIDAAN PENJANAAN BAGI MENJALANKAN DAN MENGURUSKAN PERKHIDMATAN KAFETERIA DI PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK (PPA) LINGKUNGAN 1 DAN 2 UKM

[NO. BIDAAN PENJANAAN : UKM. AKA. 400-5/1/34]

Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Universiti Kebangsaan Malaysia berbesar hati mempelawa syarikat tuan/puan untuk turut serta dalam bidaan seperti notis yang dilampirkan.

  • Tarikh Buka Bidaan Penjanaan :  3 Januari 2023 (Selasa)
  • Tarikh Lawatan Tapak : 9 Januari 2023 (Isnin), jam 10.00 pagi.
  • Tempat Berkumpul : Kafeteria Pusat Pengurusan Akademik Lingkungan 1 (Bekas Kafeteria Pusat Siswazah berdekatan Bangunan UKM-GSB) 
  • Tarikh Tutup Bidaan Penjanaan : 16 Januari 2023 (Isnin), jam 12:00 tengahari

Pihak syarikat yang berminat untuk hadir perlulah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan spesifikasi/teknikal atau lain-lain, pihak tuan/puan boleh bertanya kepada Pegawai di lokasi yang berkaitan semasa sesi taklimat/lawatan tapak.

Sila klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

NOTIS BIDAAN PENJANAAN 3 JANUARI 2023.. pdf

 

Sekian, terima kasih.