Jawatan Kosong Pekerja Sambilan Harian (PSH) Penolong Akauntan Gred W29

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

JANA@UKM mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk mengisi
kekosongan jawatan pelantikan seperti berikut:

Jawatan : Penolong Akauntan Gred W29
Taraf Jawatan : Pekerja Sambilan Harian (PSH)
Jabatan : Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM)
Gaji : RM72.00 sehari
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Tempoh Kontrak : 3 bulan

Tarikh Buka Permohonan : 06 Julai 2021
Tarikh Tutup Permohonan : 16 Julai 2021

 

Jawatan Kosong Pekerja Sambilan Harian (PSH) bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas berkaitan perolehan, bayaran pembekal, kutipan hasil, klasifikasi hasil, daftar deposit, amanah dan penyediaan laporan kewangan.

Cara Memohon:

  1. Pemohon yang berminat perlu mengemukakan resume lengkap, salinan kad pengenalan, salinan Sijil
    Pelajaran Malaysia (SPM) dan salinan sijil akademik yang berkaitan. Pemohon yang lengkap hendaklah
    dikemukaan secara e-mel kepada surianis@ukm.edu.my.
  2.  Calon-calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga.
  3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
  4. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh sebulan (1) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Klik pautan Iklan Jawatan 2021 – W29 – Penolong Akauntan (Pekerja Sambilan Harian)  dan rujuk maklumat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan kerja tersebut.