Notis Bidaan Penjanaan bagi Perkhidmatan Kafeteria dan Mesin Basuh Layan Diri di Kolej Ungku Omar, UKM Bangi

Assalamualaikum w.b.t.

 

Tuan/Puan,

 

BIDAAN PENJANAAN BAGI PERKHIDMATAN KAFETARIA DI KOLEJ UNGKU OMAR, UKM BANGI [UKM.KUO.400-5/1/2]

BIDAAN PENJANAAN BAGI PERKHIDMATAN MESIN BASUH LAYAN DIRI DI KOLEJ UNGKU OMAR, UKM BANGI [UKM.KUO.400-5/1/3]

Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Universiti Kebangsaan Malaysia berbesar hati mempelawa syarikat tuan/puan untuk turut serta dalam bidaan seperti notis yang dilampirkan.

 

Tarikh Buka Bidaan Penjanaan: 09 Disember 2021 (Khamis)

Tarikh Taklimat/Lawatan tapak: 16 Disember 2021 (Khamis) 

Tempat berkumpul di Ruang Legar, Pusat Kemudahan Kolej Ungku Omar, UKM Bangi

Tarikh Tutup Bidaan Penjanaan : 23 Disember 2021 (Khamis) sebelum jam 12:00 tengahari

 

Pihak syarikat yang berminat untuk hadir perlulah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara. Hanya seorang wakil sahaja yang dibenarkan untuk hadir dan telah divaksin lengkap.


Sepanjang sesi taklimat/lawatan tapak adalah dinasihati untuk mengikuti langkah-langkah pencegahan wabak Covid-19 seperti berikut:
a. Memakai pelitup muka;
b. Mengamalkan jarak sosial 1 meter; dan
c. Mengamalkan kebersihan tangan dan diri.

 

Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan spesifikasi/teknikal atau lain-lain, pihak tuan/puan boleh bertanya kepada Pegawai di lokasi yang berkaitan semasa sesi taklimat/lawatan tapak.

 

KLIK PAUTAN BERIKUT UNTUK MAKLUMAT LANJUT :

  1. L01 – NOTIS Bidaan Penjanaan Bagi Perkhidmatan Mesin Basuh Layan Diri di Kolej Ungku Omar, UKM Bangi [UKM.KUO.400-5.1.3] L01 – NOTIS Bidaan Penjanaan Bagi Perkhidmatan Kafetaria di Kolej Ungku Omar, UKM Bangi [UKM.KUO.400-5.1.2]
  2. L01 – NOTIS Bidaan Penjanaan Bagi Perkhidmatan Mesin Basuh Layan Diri di Kolej Ungku Omar, UKM Bangi [UKM.KUO.400-5.1.3]

Sekian, terima kasih.

 

Pusat Pengurusan Penjanaan (JANA@UKM)