Notis Bidaan Penjanaan (BP) bagi Menjalankan dan Menguruskan Perkhidmatan Kafe Rotunda di UKM-Graduate School of Business (UKM-GSB), UKM Bangi

Assalamualaikum w.b.t.

 

Tuan/Puan,

 

Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Universiti Kebangsaan Malaysia berbesar hati mempelawa syarikat tuan/puan untuk turut serta dalam bidaan seperti notis yang dilampirkan.

 

Tarikh Buka Bidaan Penjanaan: 07 Disember 2021 (Selasa)

Tarikh Taklimat/Lawatan tapak:  15 Disember 2021 (Rabu) 

Tempat berkumpul di perkarangan Kafe Rotunda, UKM-GSB, UKM, Bangi.

Tarikh Tutup Bidaan Penjanaan : 21 Disember 2021 (Selasa) sebelum jam 12:00 tengahari

 

Pihak syarikat yang berminat untuk hadir perlulah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara. Hanya seorang wakil sahaja yang dibenarkan untuk hadir dan telah divaksin lengkap.


Sepanjang sesi taklimat/lawatan tapak adalah dinasihati untuk mengikuti langkah-langkah pencegahan wabak Covid-19 seperti berikut:

a. Memakai pelitup muka;
b. Mengamalkan jarak sosial 1 meter; dan
c. Mengamalkan kebersihan tangan dan diri.

 

Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan spesifikasi/teknikal atau lain-lain, pihak tuan/puan boleh bertanya kepada Pegawai di lokasi yang berkaitan semasa sesi taklimat/lawatan tapak.

 

SILA KLIK PAUTAN BERIKUT UNTUK MAKLUMAT LANJUT :

NOTIS Bidaan Penjanaan Perkhidmatan Kafetaria di UKM-GSB_2021

 

Sekian, terima kasih.

Pusat Pengurusan Penjanaan (JANA@UKM)