Notis Bidaan Penjanaan Kedai Komputer dan Fotokopi di Kolej Tun Hussein Onn, UKM Bangi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Universiti Kebangsaan Malaysia berbesar hati mempelawa syarikat tuan/puan untuk turut serta dalam bidaan seperti notis yang dilampirkan.

 

Butiran Bidaan Penjanaan adalah seperti berikut :

1. NOTIS Bidaan Penjanaan Kedai Komputer dan Fotokopi di Kolej Tun Hussein Onn, UKM [UKM.KTHO.200-4.3.1]

 

Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan spesifikasi/teknikal atau lain-lain, pihak tuan/puan boleh menghubungi pegawai di Kolej Tun Hussein Onn, UKM ditalian 03-89213157/3159 atau urusetia semasa sesi lawatan tapak dijalankan.
 
Sehubungan itu juga pihak tuan/puan yang berminat untuk menghadiri sesi lawatan tapak adalah dinasihati untuk mengikuti langkah-langkah pencegahan wabak Covid-19 seperti berikut:

a. Memakai pelitup muka;
b. Mengamalkan jarak sosial 1 meter;dan
c. Mengamalkan kebersihan tangan dan diri.  

 

Sekian, terima kasih.