Notis Bidaan Penjanaan Menjalankan dan Menguruskan Perkhidmatan Kafeteria Bangunan Pusat Pengurusan Akademik

IKLAN/HEBAHAN BIDAAN PENJANAAN BAGI MENJALANKAN DAN MENGURUSKAN PERKHIDMATAN KAFETERIA DI BANGUNAN PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK LINGKUNGAN 1 DAN 2, UKM BANGI.

[NO. BIDAAN PENJANAAN:  UKM.AKA.400-5/1/34]    

Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Universiti Kebangsaan Malaysia berbesar hati mempelawa syarikat tuan/puan untuk turut serta dalam bidaan seperti notis yang dilampirkan.

 

  • Tarikh Buka Bidaan Penjanaan:  19 Disember 2022 (Isnin)
  • Tarikh dan Tempat Lawatan Tapak: 27 Disember 2022 (Selasa) jam 10.00 pagi.  Berkumpul di tapak pertama iaitu di Kafeteria Pusat Pengurusan Akademik Lingkungan 1. Setelah selesai taklimat di lokasi pertama, akan bergerak ke Kafeteria Pusat Pengurusan Akademik Lingkungan 2.
  • Tarikh Tutup Bidaan Penjanaan:  3 Januari 2023 (Selasa) sebelum jam 12:00 tengahari

Pihak syarikat yang berminat untuk hadir perlulah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan spesifikasi/teknikal atau lain-lain, pihak tuan/puan boleh bertanya kepada Pegawai di lokasi yang berkaitan semasa sesi taklimat/lawatan tapak.

 

Klik pautan untuk maklumat lanjut :

NOTIS BIDAAN PENJANAAN

Sekian, terima kasih.