Notis Bidaan Penjanaan Perkhidmatan Perniagaan di Kolej Pendeta Za’ba, UKM

Assalamualaikum w.b.t

Tuan/puan,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Universiti Kebangsaan Malaysia berbesar hati mempelawa syarikat tuan/puan untuk turut serta dalam bidaan seperti notis yang dilampirkan.

 

Tarikh Buka Bidaan Penjanaan :  14 September 2021 (Selasa)

Tarikh Taklimat/Lawatan Tapak: 28 September 2021 (Selasa) mengikut Perkhidmatan

i.          9.30pagi – 11.30pagi : Perkhidmatan Makanan/Minuman
ii.        2.30petang – 4.30petang : Perkhidmatan Lain-Lain

Berkumpul di Ruang Legar Kafetaria Kolej Pendeta Za’ba, UKM Bangi.

Tarikh Tutup Bidaan Penjanaan : 12 Oktober 2021 (Selasa)

 

Pihak syarikat yang berminat untuk hadir perlulah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara berdasarkan Pelan Pemulihan Negara (PPN)-SOP Fasa 2. Hanya seorang wakil sahaja yang dibenarkan untuk hadir.

Menunjukkan Sijil Digital Vaksinasi Covid-19 yang membuktikan wakil tersebut telah divaksin lengkap (14 hari setelah dos ke-2).


Sepanjang sesi taklimat/lawatan tapak adalah dinasihati untuk mengikuti langkah-langkah pencegahan wabak Covid-19 seperti berikut:


a. Memakai pelitup muka;
b. Mengamalkan jarak sosial 1 meter; dan
c. Mengamalkan kebersihan tangan dan diri.

 

Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan spesifikasi/teknikal atau lain-lain, pihak tuan/puan boleh bertanya kepada Pegawai di lokasi yang berkaitan semasa sesi taklimat/lawatan tapak.

 

Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut Notis Bidaan Penjanaan :

NOTIS L01 – Bidaan Penjanaan Perkhidmatan Perniagaan di Kolej Pendeta Za_ba, UKM [UKM.KPZ.200-4.4.4]

 

Sekian, terima kasih.