Pelawaan Untuk Cadangan/Request For Proposal (RFP) Pengubahsuaian, Naik Taraf dan Operasi Kedai Cenderamata UKM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

 

Tuan/Puan,

 

PELAWAAN UNTUK CADANGAN/REQUEST FOR PROPOSAL (RFP) PENGUBAHSUAIAN, NAIK TARAF DAN OPERASI KEDAI CENDERAMATA UKM

 

Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Universiti Kebangsaan Malaysia berbesar hati menjemput syarikat tuan/puan untuk menyertai pelawaan ini dan hadir ke sesi taklimat secara fizikal yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 26 Mac 2021 (Jumaat)

Masa : 3.00 Petang

Tempat: Bilik Majlis, Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan

 

Bagi syarikat yang tidak dapat hadir secara fizikal, taklimat boleh dihadiri secara dalam talian melalui pautan: meet.google.com/uyg-xuck-zbf

Bersama-sama ini dilampirkan iklan RFP tersebut untuk rujukan dan perhatian pihak tuan/puan. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Khalid Zainudin di talian 03-8921 5025/018-768 4945.

 

Sehubungan itu juga, pihak tuan/puan yang berminat untuk menghadiri sesi taklimat ini secara fizikal adalah dinasihatkan untuk mengikuti langkah-langkah pencegahan wabak Covid-19 seperti berikut:

  1. Sentiasa memakai pelitup muka;
  2. Mengamalkan jarak fizikal 1 meter;dan
  3. Mengamalkan kebersihan tangan dan diri.

Sekian, terima kasih.

Iklan RFP Kedai Cenderamata UKM