Pelawaan Untuk Cadangan/Request For Proposal (RFP) Perkhidmatan Agen Penjualan Nombor Plat Kenderaan UKM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

 

Tuan/Puan,

 

PELAWAAN UNTUK CADANGAN/REQUEST FOR PROPOSAL (RFP) PERKHIDMATAN AGEN PENJUALAN NOMBOR PLAT KENDERAAN UKM

 

Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Universiti Kebangsaan Malaysia berbesar hati menjemput syarikat tuan/puan untuk menyertai pelawaan ini dan hadir ke sesi taklimat yang akan diadakan seperti berikut:

 

Tarikh : 21 Disember 2021 (Khamis)

Masa : 2.30 Petang

Tempat: Aras 5, Bilik Majlis, Bangunan Canselori, Universiti Kebangsaan Malaysia

 

Untuk maklumat lanjut, sila klik pautan berikut:

Iklan RFP Agen Penjualan Nombor Plat Kenderaan UKM

 

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi :

  1. Puan Nasywa – 03 8921 5025
  2. En. Muhammad Asyraf – 019 3877753

 

Sehubungan itu juga pihak tuan/puan yang berminat untuk menghadiri sesi taklimat ini adalah dinasihati untuk mengikuti langkah-langkah pencegahan wabak Covid-19 seperti berikut:

  1. Memakai pelitup muka;
  2. Mengamalkan jarak sosial 1 meter;dan
  3. Mengamalkan kebersihan tangan dan diri.

 

Sekian, terima kasih.

 

Pusat Pengurusan Penjanaan (JANA@UKM)