Pelawaan untuk Cadangan/Request for Proposal (RFP) Perkhidmatan dan Pengoperasian Alat Mobiliti Persendirian di UKM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

 

Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Universiti Kebangsaan Malaysia berbesar hati menjemput syarikat tuan/puan untuk menyertai pelawaan ini dan hadir ke sesi taklimat yang akan diadakan seperti berikut:

 

Tarikh : 28 Ogos 2020 (Jumaat)

Masa : 10.00 Pagi

Tempat: Bilik Majlis, Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan

 

Bersama-sama ini dilampirkan iklan RFP tersebut untuk rujukan dan perhatian pihak tuan/puan. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi :

En. Khalid Zainudin di talian 03-8921 5025/018-768 4945.

 

Klik pautan di bawah untuk memuatturun dokumen :

Iklan RFP Alat Mobiliti di UKM

 

Sehubungan itu juga, pihak tuan/puan yang berminat untuk menghadiri sesi taklimat ini adalah dinasihatkan untuk mengikuti langkah-langkah pencegahan wabak Covid-19 seperti berikut:

  1. Sentiasa memakai pelitup muka;
  2. Mengamalkan jarak fizikal 1 meter;dan
  3. Mengamalkan kebersihan tangan dan diri.

Sekian, terima kasih.