Pelawaan Untuk Cadangan/Request For Proposal (RFP) Perkhidmatan Menyediakan dan Mengurus Langganan Kad Debit atau Kredit Alumni UKM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

 

Tuan/Puan,

 

PELAWAAN UNTUK CADANGAN/REQUEST FOR PROPOSAL (RFP) PERKHIDMATAN MENYEDIAKAN DAN MENGURUS LANGGANAN KAD DEBIT ATAU KREDIT ALUMNI UKM

 

Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Universiti Kebangsaan Malaysia berbesar hati menjemput syarikat tuan/puan untuk menyertai pelawaan ini dan hadir ke sesi taklimat yang akan diadakan seperti berikut:

 

Tarikh : 16 Disember 2021 (Khamis)

Masa : 2.30 Petang

Tempat: Aras 5, Bilik Senat, Bangunan Canselori, Universiti Kebangsaan Malaysia

 

Untuk maklumat lanjut, sila klik pautan berikut:

  1. Iklan RFP Kad Alumni UKM

 

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi :

  1. Puan Nasywa – 03 8921 5025
  2. En. Muhammad Asyraf – 019 3877753

 

Sehubungan itu juga pihak tuan/puan yang berminat untuk menghadiri sesi taklimat ini adalah dinasihati untuk mengikuti langkah-langkah pencegahan wabak Covid-19 seperti berikut:

 

  1. Memakai pelitup muka;
  2. Mengamalkan jarak sosial 1 meter;dan
  3. Mengamalkan kebersihan tangan dan diri.

 

Sekian, terima kasih.

 

Pusat Pengurusan Penjanaan (JANA@UKM)