Pelawaan untuk Cadangan (RFP) Mereka Bentuk, Menyedia, Mengurus dan Menjual Cenderamata Rasmi Jubli Emas Sempena Sambutan 50 Tahun UKM

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Universiti Kebangsaan Malaysia mempelawa mana-mana syarikat tempatan yang berwibawa dan berpengalaman untuk hadir ke sesi taklimat Pelawaan Cadangan (RFP) bagi perkara di atas seperti berikut:

 

Tarikh : 1 Julai 2020 (Rabu)

Masa : 2.30 Petang

Tempat : Bilik Majlis, Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan

 

Bersama-sama ini dilampirkan iklan RFP tersebut untuk rujukan dan perhatian pihak tuan/puan.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Khalid Zainudin di talian 03-8921 5025/018-768 4945

 

Iklan RFP Mereka Bentuk, Menyedia, Mengurus dan Menjual Cenderamata Rasmi Jubli Emas Sempena Sambutan 50 Tahun UKM

 

Sehubungan itu juga pihak tuan/puan yang berminat untuk menghadiri sesi taklimat ini adalah dinasihati untuk mengikuti langkah-langkah pencegahan wabak Covid-19 seperti berikut:

    1. Memakai pelitup muka;
    2. Mengamalkan jarak sosial 1 meter;dan
    3. Mengamalkan kebersihan tangan dan diri.

 Sekian, terima kasih.