Pelawaan Untuk Cadangan (RFP) Pengubahsuaian dan Naik Taraf serta Perkhidmatan Penyelenggaraan dan Pengurusan Di Blok 2 & Blok 3 Kolej Keris Mas

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Universiti Kebangsaan Malaysia mempelawa mana-mana syarikat tempatan yang berwibawa dan berpengalaman untuk hadir ke sesi taklimat Pelawaan Cadangan (RFP) bagi perkara di atas seperti berikut:

 

Tarikh : 23 Julai 2020 (Khamis)

Masa : 2.30 Petang

Tempat : DK43.101 Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan

 

Bersama-sama ini dilampirkan iklan RFP tersebut untuk rujukan dan perhatian pihak tuan/puan.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi :

Sr. Mohd Za’im Aziz/En. Muhammad Irwan Helmy Syamza
Tel:
 03-8921 3016

 

Klik pautan di bawah untuk memuat turun dokumen yang berkenaan :

Iklan Pelawaan Untuk Cadangan RFP Blok 2 & 3 Kolej Keris Mas @ Premier

 

Sehubungan itu juga pihak tuan/puan yang berminat untuk menghadiri sesi taklimat ini adalah dinasihati untuk mengikuti langkah-langkah pencegahan wabak Covid-19 seperti berikut:

1. Memakai pelitup muka.
2. Mengamalkan jarak sosial 1 meter.
3. Mengamalkan kebersihan tangan dan diri.

Sekian, terima kasih.