Pelawaan untuk cadangan (RFP) Pengubahsuaian, Naik Taraf dan Menyediakan Perkhidmatan Komersial serta Penyelenggaraan Empat (4) Lokasi Makmal Alami UKM

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Universiti Kebangsaan Malaysia mempelawa mana-mana syarikat tempatan yang berwibawa dan berpengalaman untuk hadir ke sesi taklimat Pelawaan Cadangan (RFP) bagi perkara di atas seperti berikut:

 

Tarikh : 2 Mac 2020 (Isnin)

Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengah hari

Tempat: Bilik Mesyuarat Bitara, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan

 

Bersama-sama ini dilampirkan iklan RFP tersebut untuk rujukan dan perhatian pihak tuan/puan.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Khalid Zainudin di talian 03-8921 5025/018-768 4945

 

Iklan RFP Pengubahsuaian, Naik Taraf dan Menyediakan Perkhidmatan Komersial dan Penyelenggaraan Empat (4) Lokasi Makmal Alami UKM