Pelawaan Untuk Cadangan (RFP) : Pengurusan Ladang Kelapa Sawit UKM Bangi, Selangor dan Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

 

YBhg. Prof. Ulung/Prof./Dato’ Seri/Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan,

 

PELAWAAN UNTUK CADANGAN (RFP) : PENGURUSAN LADANG KELAPA SAWIT UKM BANGI, SELANGOR DAN KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN.

 

Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Universiti Kebangsaan Malaysia berbesar hati menjemput YBhg. Prof. Ulung/Prof./Dato’ Seri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan selaku wakil pusat tanggungjawab dan anak syarikat UKM untuk menyertai pelawaan ini dan hadir ke sesi taklimat yang akan diadakan seperti berikut:

 

Tarikh Taklimat & Lawatan Tapak : 27 April 2022 (Rabu)
Masa  : 9.00 Pagi
Tempat: Aras 2, Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM), Kolej Keris Mas, 43600 UKM Bangi, Selangor

 

Bersama-sama ini dilampirkan iklan RFP tersebut untuk rujukan dan perhatian pihak tuan/puan. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi :

 

En. Muhammad Shazwan bin Shahadan – 03 8921 3092

 

Sila klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut:

UKM-SPKP-JNA-PK01-LO06 Notis Pelawaan Untuk Cadangan (RFP)

 

Sehubungan itu juga pihak tuan/puan yang berminat untuk menghadiri sesi taklimat ini adalah dinasihati untuk mengikuti langkah-langkah pencegahan wabak Covid-19 seperti berikut:

  1. Memakai pelitup muka;
  2. Mengamalkan jarak sosial 1 meter;dan
  3. Mengamalkan kebersihan tangan dan diri.

 

Sekian, terima kasih.