Pelawaan untuk Cadangan (RFP) Perkhidmatan Pengurus Acara Pesta Konvokesyen yang ke-45 UKM

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mempelawa syarikat pembida yang berwibawa dan berpengalaman untuk taklimat hadir ke taklimat Pelawaan Cadangan (RFP) seperti berikut:-

Tarikh:      Bermula 10 Ogos 2017

Masa :          9.00pagi hingga 4.00petang

Tempat:       Khazanah-UKM, Aras 2, Kolej Keris Mas, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600,

UKM Bangi, Selangor

* Sesi Taklimat diadakan pada 10 Ogos 2017 jam 10.00 pagi bertempat di Aras 5, Bilik Senat Bangunan Canselori, Universiti Kebangsaan Malaysia

** Harga Dokumen: RM 300.00 senaskah termasuk 6% GST (tidak akan dikembalikan)

  1. Salinan sijil pendaftaran daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan salinan pendaftaran Kementerian Kewangan (MOF) hendaklah dikemukakan bersama.
  2. Syarikat adalah diwajibkan menghadiri taklimat untuk menyertai RFP Dokumen RFP hanya akan dikeluarkan kepada syarikat yang menghadiri taklimat tersebut.
  3. Syarikat yang berminat dikehendaki mengemukakan salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan ketika pembelian dokumen RFP tersebut. Dokumen RFP boleh diperolehi di alamat yang dinyatakan dan dengan bayaran yang ditetapkan hendaklah dibuat secara Bank Deraf/Kiriman Wang sahaja diatas nama Universiti Kebangsaan Malaysia.
  4. Syarikat yang tersenarai diminta untuk membuat satu pembentangan kepada UKM pada masa yang akan ditentukan kemudian.
  5. UKM tidak terikat untuk menerima mana-mana cadangan sepenuhnya atau sebahagian daripadanya atau sebarang RFP. UKM juga tidak terikat untuk memberi apa-apa sebab penolakan serta tidak bertanggungjawab terhadap sebarang perbelanjaan oleh syarikat yang mengemukakan RFP.
  6. Tawaran yang diterima selepas jam 00 petang, 17 Ogos 2017 tidak akan diterima atau dipertimbangkan.