Pelawaan untuk Cadangan (RFP) Perkhidmatan Perkongsian Alat Mobiliti Persendirian di UKM

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Universiti Kebangsaan Malaysia mempelawa mana-mana syarikat tempatan yang berwibawa dan berpengalaman untuk hadir ke sesi taklimat Pelawaan Cadangan (RFP) bagi perkara di atas seperti berikut:

Tarikh: 26 April 2019 (Jumaat)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Keris Perdana, Aras 3, Kolej Keris Mas, Universiti Kebangsaan Malaysia

Dilampirkan di bawah dokumen iklan RFP untuk rujukan dan maklumat lanjut. Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan En Khalid Zainudin 03-8921 5025. Sekian, terima kasih

Iklan RFP Perkhidmatan Perkongsian Alat Mobiliti Persendirian di UKM