Pelawaan Untuk Cadangan (RFP) Projek Menaik Taraf dan Pengoperasian Bangunan Pusanika

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

 

YBhg. Prof. Ulung/Prof./Dato’ Seri/Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan,

PELAWAAN UNTUK CADANGAN (RFP) MENAIK TARAF & PENGOPERASIAN ARAS 1, BANGUNAN PUSANIKA, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 

Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Universiti Kebangsaan Malaysia berbesar hati menjemput YBhg. Prof. Ulung/Prof./Dato’ Seri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk menyertai pelawaan ini dan hadir ke sesi taklimat yang akan diadakan seperti berikut:

 

Maklumat Taklimat
Tarikh Lawatan Tapak : 24 November 2022
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Aras 6, Bilik Gerakan HEPA, Bangunan Pusanika, 43600 UKM Bangi Selangor

Maklumat Pembelian Dokumen RFP
Tarikh Pembelian Dokumen : 24 November 2022
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Aras 2, Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM), Kolej Keris Mas, 43600 UKM Bangi, Selangor

Maklumat Penghantaran Kertas Cadangan
Tarikh Tutup : 14 Disember 2022
Masa : Sebelum Jam 12.00 Tengahari
Tempat : Aras 2, Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM), Kolej Keris Mas, 43600 UKM Bangi, Selangor

 

Bersama-sama ini dilampirkan iklan RFP tersebut untuk rujukan dan perhatian pihak tuan/puan. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi :

 

En. Muhammad Shazwan Mohd Shahadan – 03 8921 3092

 

Sila klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut:

UKM-SPKP-JNA-PK01-LO06 Notis Pelawaan Untuk Cadangan (RFP) – 13.7.22

 

Sehubungan itu juga pihak tuan/puan yang berminat untuk menghadiri sesi taklimat ini adalah dinasihati untuk mengikuti langkah-langkah pencegahan wabak Covid-19 seperti berikut:

  1. Memakai pelitup muka;
  2. Mengamalkan jarak sosial 1 meter;dan
  3. Mengamalkan kebersihan tangan dan diri.

Sekian, terima kasih.