Sebut Harga Perkhidmatan Gambar Graduan (Pentas) Serta Membekal Bingkai Gambar Di Majlis Konvokesyen Ke-50 UKM

NOTIS PELAWAAN

NO. SEBUT HARGA: UKM/JNA/SH/6-2022

PERKHIDMATAN MEMPROMOSI, MENGAMBIL, MENYUNTING, MENCETAK DAN MENGEDAR GAMBAR GRADUAN (PENTAS) SERTA MEMBEKAL BINGKAI GAMBAR DI MAJLIS KONVOKESYEN KE-50 UKM UNTUK PUSAT PENGURUSAN PENJANAAN UKM (JANA@UKM), UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

TARIKH PELAWAAN: 27 SEPTEMBER 2022
TARIKH JUAL DOKUMEN: 11 OKTOBER 2022
TARIKH TUTUP: 11 OKTOBER 2022 (SELASA) JAM 12.00 TENGAHARI (MASA DI SISTEM E-PEROLEHAN UKM)

Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berpengalaman dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang 010501 Penerbitan dan Penyiaran Fotografi dan Filem (Kamera dan Aksesori) atau 221303 Perkhidmatan Kesenian Hiburan dan Pelancongan Fotografi dan 020101 Perabot, Peralatan Pejabat, Hiasan Dalaman dan Domestik Perabot, Kelengkapan dan Aksesori (Perabot, Perabot Makmal dan Kelengkapan Berasaskan Kayu/Rotan/Fabrik/Logam/Plastik (Workstations) bagi Perkhidmatan Mempromosi, Mengambil, Menyunting, Mencetak Dan Mengedar Gambar Graduan (Pentas) Serta Membekal Bingkai Gambar Di Majlis Konvokesyen Ke-50 UKM Untuk Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Universiti tidak terikat untuk menerima mana-mana Sebut Harga.

Dokumen Sebut Harga boleh di dapati Sistem e-Perolehan UKM (eP@UKM) melalui pautan https://ukmperolehan.ukm.my dengan bayaran sebanyak RM 30.00 secara atas talian (online) melalui UKM payment. Syarikat perlu berdaftar terlebih dahulu melalui Sistem eP@UKM.

Sebut Harga hendaklah sah laku selama tempoh 90 hari dari tarikh Sebut Harga ditutup dan penyebutharga tidak boleh menarik balik tawarannya di dalam tempoh tersebut.

Pemakluman berkaitan dengan fi perkhidmatan pembekal yang berjaya menerima tawaran perolehan pembekalan / perkhidmatan / kerja melalui sistem eP@UKM akan dikenakan fi perkhidmatan. Pengiraan fi perkhidmatan ini tertakluk kepada kadar dan had maksimum yang ditetapkan pada pekeliling kerajaan 1PP PK 5.1 – Perkara 4.1.3 Fi Perkhidmatan iaitu:

i. Kadar 0.8% pada kontrak bukan bermasa dan pembayaran dibuat secara sekali sahaja (OneOff Payment)
ii. Kadar 0.4% pada kontrak bermasa dan pembayaran dibuat secara berperingkat (Multiple
Payment).

Syarikat juga boleh melayari laman web UKM di alamat http://www.ukm.my/etender dan http://myprocurement.treasury.gov.my untuk maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.

 

Klik pautan berikut untuk maklumat lanjut :

NOTIS PELAWAAN