Jabatan Pendidikan Perubatan

Department of Medical Education

KEJAYAAN & PENGHARGAAN

ANUGERAH INOVASI LAMAN SESAWANG
(ANUGERAH SANJUNGAN KENCANA)

9 OGOS 2023

Jabatan Pendidikan Perubatan telah memenangi Anugerah Inovasi Laman Sesawang di Anugerah Sanjungan Kencana Ke-4 2023 yang telah dijalankan pada 27 Julai 2023 yang lalu.
Nama Laman Sesawang
Laman Sesawang Jabatan Pendidikan Perubatan
Alamat Laman Sesawang
https://www.ukm.my/jppfper/ms
Pengenalan

Laman sesawang Jabatan Pendidikan Perubatan yang tersedia untuk dua bahasa serta responsif ini merupakan laman sesawang yang memaparkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di JPP. Berfungsi sebagai rujukan yang mengetengahkan JPP sebagai sebuah jabatan yang terlibat secara langsung di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di Fakulti Perubatan.

Laman sesawang yang mempunyai maklumat penting berkaitan jabatan adalah sangat penting kepada fakulti sebagai sumber informasi yang utama. Sesuai dengan itu, reka bentuk yang padat dengan informasi serta menarik dapat memberikan impak kepada pelawat untuk menarik pengguna menggunakan laman sesawang dengan mudah dan berkesan.

ASY
Pentadbir Laman Sesawang
Ahmad Syafiq Yusof
Juruteknologi Makmal Perubatan
Jabatan Pendidikan Perubatan
Fakulti Perubatan
Universiti Kebangsaan Malaysia