Jabatan Pendidikan Perubatan

Department of Medical Education

KEJAYAAN & PENGHARGAAN

ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN & PENTADBIRAN
(ANUGERAH SANJUNGAN KENCANA)

9 OGOS 2023

Jabatan Pendidikan Perubatan telah memenangi Anugerah Inovasi Proses Pengurusan & Pentadbiran di Anugerah Sanjungan Kencana Ke-4 2023 yang telah dijalankan pada 27 Julai 2023 yang lalu.
Tajuk Inovasi
Tempahan dan Statistik Makmal Simulasi Asas (MSA), Jabatan Pendidikan Perubatan
Pengenalan Inovasi

Sistem tempahan yang dihasilkan ini adalah untuk memudahkan para pelajar melakukan tempahan bilik untuk menjalankan pembelajaran prosedur ke atas manikin serta membantu para pentadbir mengawal selia tempahan pelajar dengan lebih teratur dan sistematik. Terdapat 36 prosedur yang ditawarkan untuk 13 bilik makmal di Makmal Simulasi Asas dan tempahan akan menjadi tidak teratur sekiranya tidak diuruskan dengan baik dan akan menyukarkan pentadbir untuk menyemak dan menguruskan tempahan.

Menggunakan sistem ini, para pelajar akan melakukan tempahan di pejabat atau menggunakan link yang telah dipautkan kepada website Jabatan Pendidikan Perubatan (https://www.ukm.my/jppfper/ms/msa/). Pelajar dapat melihat dan menyemak kekosongan slot tempahan berdasarkan bilik dan menyemak status tempahan.

Melalui data-data ini juga, statistik penggunaan makmal oleh pelajar dan pengguna dapat dicerap secara automatik tanpa perlu melakukan statistik secara manual.

Ahli Kumpulan

Ketua Kumpulan

ASY

Ahmad Syafiq Yusof

Ahli Kumpulan

SBY 2

Saiful Bahari
Yusoff

Ahli Kumpulan

SZAK

Siti Zubaidah
Abdul Karib

Ahli Kumpulan

RR

Rosidah
Ramli

Ahli Kumpulan

SSM

Sinar Suriya
Muhammad