Lawatan Pelajar UNPAD ke Makmal Simulasi Asas, Jabatan Pendidikan Perubatan
14 Januari 2026
Pada 14 Januari 2026 yang lalu, para pelajar Program UNPAD telah datang untuk membuat lawatan ke Makmal Simulasi Asas Jabatan Pendidikan Perubatan, Fakulti Perubatan UKM.
Lawatan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar yang terlibat berkenaan fasiliti-fasiliti yang terdapat di Fakulti Perubatan UKM. Pelajar juga telah didedahkan kepada beberapa prosedur yang terdapat di Makmal Simulasi Asas seperti Adult CPR, Urinary Catheterisation, Suturing & Venepuncture.