Projek Kerjasama Kumpulan Penyelidikan Kualiti Udara dan Atmosfera UKM

Kumpulan Penyelidikan Kualiti Udara dan Atmosfera UKM daripada FST, IPI dan LESTARI yang diketuai oleh Prof Dr Mohd Talib Latif telah bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar Malaysia dan Pakar Scieno TW (PSTW) Sdn Bhd., Syarikat konsesi pemonitoran kualiti udara bagi pihak Jabatan Alam Sekitar telah menggunakan kaedah Artificial Intelligent (AI) bagi tujuan peramalan kualti udara berdasarkan paramater zarahan halus (PM2.5) yang boleh digunakan terutama pada masa jerebu.

Konsep pengggunaan AI ini telah dibentangkan kepada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Kementerian Digital (KD) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Portal penggunaan AI dalam peramalam kualiti udara ini akan digunakan oleh Jabatan Alam Sekitar dan PSTW bermula pada Julai 2025. Pembentangan bagi penggunaan portal ini telah dibuat oleh Prof Madya Dr Liew Ju Neng (Wakil UKM), Dr Hii Yii Siang (wakil PSTW) dan Dr Jayaprakash Murulitharan (wakil KPKT). Pihak NRES setuju untuk mengangkat projek ini sebagai salah satu initiatif daripada Malaysia ke peringkat ASEAN.