Prasiswazah FST

FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI

Prasiswazah

Sains Laut

Sains Laut adalah satu bidang sains berkaitan sumber-sumber hidup dan bukan hidup serta aspek-aspek persekitaran fizikal laut. Sebagai sebuah negara maritim, Malaysia memberikan penumpuan dalam pendidikan dan penyelidikan sains laut. UKM merupakan salah sebuah IPTA terawal yang menawarkan program pengajian dalam bidang sains laut di peringkat prasiswazah. Di peringkat awal penubuhan, program pengajian dan penyelidikan sains laut di UKM menumpu kepada aspek-aspek ekologi, diversiti dan sains sumber marin. Kini program pengajian dan penyelidikan sains laut di UKM telah berkembang dan merangkumi hampir semua sub-bidang sains laut. Kepakaran pensyarah-pensyarah yang terlibat dalam pengajaran dan penyelidikan sains laut merangkumi bidang-bidang seperti biologi, ekologi dan taksonomi invertebrata marin; biologi dan ekologi terumbu karang; fisiologi; ekologi dan diversiti bakterioplankton; fitoplankton dan rumpai laut; bioteknologi marin; kimia marin; geologi marin; penderiaan jauh lautan dan GIS; oseanografi fizikal; meteorologi dan iklim lautan dan sebagainya. Pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian Program Sains Laut berpeluang mempelajari dan memahami kedua-dua aspek biologi (biologi marin) dan juga aspek fizikal (oseanografi) sains lautan. Kursus-kursus sains laut ditawarkan pada peringkat prasiswazah ini adalah berdasarkan kepada perkembangan dan kehendak semasa.

Kursus Major

Tahun 1

Tahun 2

Tahun 3

Tahun 4

Peluang Pekerjaan

Pensyarah

Prof. Dr. Fredolin Tangang@Tajudin Mahmud

Klimatologi dan Oseanografi Fizikal
(tangang@ukm.edu.my)

Prof. Dr. Che Abd Rahim Mohamed

Geo-Radiokimia Marin, Kimia Marin, Pencemaran Marin
(carmohd@ukm.edu.my)

Prof. Dr. Zaidi Che Cob

Biologi Marin & Ekologi, Akuakultur, Malakologi
( zdcc@ukm.edu.my)

Prof. Madya. Dr. Ramlan Omar

Geologi Marin
(rbo@ukm.edu.my)

Prof. Madya Dr. Masni Mohd. Ali

Biogeokimia Marin
(masni@ukm.edu.my)

Prof. Madya Dr. Muzzneena Ahmad Mustapha

Penderiaan Jauh Marin & GIS, Warna Lautan, Dasar & Pengurusan Laut
(muzz@ukm.edu.my)

Prof. Madya Dr. Azman Abdul Rahim

Taksonomi Gammaridean Amphipods, Ekologi Marin, Oseanografi Biologi
(abarahim@ukm.edu.my)

Prof. Madya Dr. Liew Ju Neng

Meteorologi Marin, Oseanografi Fizikal, Klimatologi
(juneng@ukm.edu.my)

Prof. Madya Dr. Simon Kumar Das

Pertumbuhan populasi perikanan dan Akuakultur
(simon@ukm.edu.my)

Dr. Abdullah Samat

Ekologi Akuatik dan Terestrial, Sistematik Ikan
(nature@ukm.edu.my)

Dr. Shahriman Mohd Ghazali@Fauzi

Bioakustik marin
(jimmy@pkrisc.cc.ukm.my)

Dr. Mohammad Rozaimi Jamaludin

Biologi dan Ekologi Rumpai Laut (mdrozaimi@ukm.edu.my)

Dr. Muhammad Syafiq Musa

Biologi pemakanan dan pembiakan ikan, iktiologi
(syafiqmusa@ukm.edu.my)

Dr. Ester Salimun

Klimatologi, keragaman iklim antara-tahunan dan permodelan iklim
(ester@ukm.edu.my)

Dr. Khoo Mei Ling

Biologi pembiakan dan pemakanan ikan hiasan marin
(meilingkhoo@ukm.edu.my)

Dr. Suriyanti Su Nyun Pau

Sistematik dan fisiologi microalga merbahaya
(suriyanti@ukm.edu.my)

Syarat Kemasukan

Keperluan am:

  1. Mencapai 12 tahun pendidikan Sekolah Rendah dan Menengah; dan
  2. Menamatkan Sekolah Menengah (cth. Sijil Menengah Tinggi, Sijil Tamat Pengajian Menengah Kanan, Tawjihiyah, Ijazah Sekolah Menengah Atas, Diploma Sekolah Menengah); dan
  3. Memenuhi syarat minimum Bahasa Inggeris yang ditetapkan oleh fakulti; dan
  4. Lulus temu duga UKM (jika diperlukan) ; dan
  5. Memenuhi keperluan khusus fakulti;

Keperluan program khusus:

Borang dan Pekeliling
Kalendar Akademik