Lawatan Rasmi Shanghai Jiuyangzhilian Information Consulting Co. Ltd. dan School of Continuing Education (Wuhan)

Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar telah menerima pelawat dari Shanghai Jiuyangzhilian Information Consulting Co. Ltd., Wuhan Branch dan School of Continuing Education, Wuhan University pada 28 Julai 2025, jam 8.30 pagi di Makmal Geothermal, Aras 4, Bgn. Geologi.
Tujuan utama lawatan adalah:
1. Mendapatkan maklumat program-program yang ditawarkan di FST dan terutamanya JSBAS.
2. Memberi pendedahan kepada para pelajar sebelum memulakan pengajian ke peringkat seterusnya.
3. Menjalinkan hubungan kerjasama dalam bidang pendidikan.
Delegasi lawatan juga telah diberi penerangan mengenai program yang ditawarkan dan pengajian di Fakulti Sains dan Teknologi oleh YBhg. Prof. Dr. Ts. Chia Chin Hua, Penyelaras Program UKM-Antarabangsa, Fakulti Sains dan Teknologi.
Selepas itu, para tetamu juga dibawa melawat ke makmal-makmal dan Muzium Geologi di Bangunan Sains Geologi.
Antara tetamu yang hadir:
Mr. Luo Yuanzhe (Head of Delegation)
Founder
Shanghai Jiuyangzhilian Information Consulting Co. Ltd.
Wuhan Branch
Mr. Yu Xianfeng
Coordinator
School of Continuing Education
Wuhan University
Ms. Yang Jinhan
General Manager
Shanghai Jiuyangzhilian Information Consulting Co. Ltd.
Wuhan Branch
Mr. Ma Yong
General Manager
Shanghai Jiuyangzhilian Information Consulting Co. Ltd.
Wuhan Branch
Lawatan turut dihadiri oleh:
YBrs. Prof. Madya Dr. Ts. Mohd Hariri Arifin, Timbalan Dekan HEJIM
YBrs. Prof. Dr. Habibah Hj. Jamil, Timbalan Pengarah JSBAS
YBrs. Dr. Mohd Rozi Umor, Ketua Program Geologi, JSBAS
YBrs. Dr. Khairiatul Mardiana Jansar, Ketua Program Sains Sekitaran, JSBAS
Sekretariat Hal-ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat (HEJIM) FST
Sekretariat Makmal dan Instrumentasi (SMI) Unit Geologi
Wakil UKMShape serta
Kakitangan JSBAS
Semoga hasil daripada lawatan ini dapat memberikan pandangan dan harapan kepada bakal pelajar untuk meluaskan lagi kerjaya mereka di peringkat seterusnya.
(Daripada laman FB Rasmi JSBAS: https://www.facebook.com/share/p/1AqUGz9izx/)