Lawatan ahli JSBAS ke Rahman Hydraulic Tin Mining

Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar (JSBAS) UKM telah menghantar delegasi berkekuatan 12 orang pakar berbagai bidang dalam Lawatan Industri ke Rahman Hydraulic Tin Mining Sdn Bhd di Klian Intan, Perak pada 21 Disember 2023.
Delegasi diketuai Ketua Program Geologi, Dr. Mohd Rozi Umor dan disambut YBhg. En. Madzlan Zam, Senior General Manager RHT yang juga alumni Program Geologi UKM.
Pihak JSBAS mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak RHT atas sesi lawatan lombong timah yang penuh informasi dan atas sokongan semua ahli JSBAS. Semoga ada peluang kerjasama yang cerah di masa hadapan.