Program Geologi – Majlis Pelepasan Mobiliti Pelajar ke UNPAD, Indonesia dan Majlis Serahan Tajaan Penyelidikan Tesis

5 OGOS 2025 — Majlis Pelepasan Mobiliti Pelajar ke UNPAD, Indonesia dan Majlis Serahan Tajaan Penyelidikan Tesis ⚒️
Program Geologi UKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Geomag Geological Sdn. Bhd. (GMG) dan Geopark & Geotourism Creative Solutions Sdn. Bhd. (GGCS) atas sokongan dan tajaan yang diberikan kepada pelajar-pelajar Tahun 3 Program Geologi UKM.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Dr. Mohamad Anuri Ghazali (GMG) dan Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo (GGCS) — kedua-duanya alumni Program Geologi UKM — yang turut hadir untuk menyampaikan tajaan kepada para pelajar.
Turut kami hargai kehadiran Prof. ChM. Dr. Ishak Ahmad, Dekan Fakulti Sains & Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (Official) yang sudi merasmikan majlis ini, serta Prof. Dr. Zeti Azura Mohamed Hussein, Timbalan Dekan Prasiswazah, atas sokongan dan komitmen berterusan terhadap pembangunan pelajar.
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang menerima tajaan, serta penghargaan khas kepada para penyelia yang membimbing mereka dalam projek penyelidikan. Semoga penyelidikan yang dijalankan memberikan impak yang signifikan dalam bidang geologi, khususnya dalam aspek geowarisan ?.
Selamat maju jaya kepada semua pelajar yang terpilih mengikuti program mobiliti ke Indonesia. Semoga anda terus mengharumkan nama UKM di persada antarabangsa! ✈️
Akhir kata, terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan majlis ini. Semoga ia menjadi inspirasi kepada lebih ramai alumni untuk kembali menyumbang kepada Program Geologi, dan kepada para pelajar untuk terus mengejar kecemerlangan! ✨
(Sumber: Facebook Program Geologi UKM)