Seminar Geologi Muda 2023

Seminar Geologi Muda 2023 diadakan pada 30 & 31 Januari 2023 melibatkan Para Pelajar Tahun 4 Program Geologi. Seminar ini bertujuan memberi pendedahan pembentangan ala conference kepada para pelajar di samping meyampaikan hasil kajian tahun akhir mereka kepada komuniti Geologi. Seminar ini turut dihadiri oleh para pelajar daripada Universiti Malaya dan pembentangan 4 orang Keynote Speaker yang terdiri daripada para pensyarah yang berpengalaman.