Jabatan Kejururawatan Fakulti Perubatan

 Universiti Kebangsaan Malaysia

SARJANA KEJURURAWATAN
(KEBIDANAN)

Calon akan mengikuti pengajian Sarjana Kejururawatan (Kebidanan) berdasarkan makluman berikut:

  1. Jenis pengajian dan tempoh:
  • Sepenuh masa ialah satu (1) tahun dan tempoh maksimum adalah dua (2) tahun.
  • Separuh masa ialah dua (2) tahun dan tempoh maksimum adalah empat (4) tahun.
  1. Kaedah penyampaian:
  • Kuliah
  • Pembelajaran yang disesuaikan
  • Pembelajaran berasaskan masalah
  • Seminar
  • Tutorial
  • Penempatan Klinikal
  1. Kaedah pengendalian program:

      Calon dikehendaki lulus 48 kredit program pengajian termasuk:

  • Kejururawatan Teras Siswazah (18 kredit)
  • Kejururawatan Khusus Siswazah (27 kredit) (termasuk penyelidikan)
  • Elektif (3 kredit).

Semua calon wajib mengikuti dan lulus subjek Kejururawatan Teras Siswazah (18 kredit) program ini iaitu:

 

Kod Kursus

Kursus

FFGC 6113

Asas Teori Amalan Kejururawatan

FFGC 6313

Pembangunan Peranan Profesional & Etika Penjagaan Kesihatan

FFGC 6513

Biostatistik

FFGC 6713

Strategi Pengajaran dalam Kejururawatan

FFGC 6913

Penyelidikan Lanjutan dalam Kejururawatan

FFGC 6123

Strategi Pengurusan dalam Kejururawatan

 

 

Semua calon wajib mengikuti dan lulus subjek Kejururawatan Khusus Siswazah (27 kredit) program ini iaitu:

  

 

Kod Kursus

Kursus

 

FFMN 6013

Fisiologi, Patofisiologi & Farmakologi dalam Kebidanan

 

FFMN 6213

Penilaian Kesihatan Lanjutan dalam Kebidanan

 

 

 

 

FFMN 6413

Isu-isu Kesihatan Wanita

 

FFMN 6024

Pengurusan Klien dalam Kebidanan

 

FFMN 6223

Practikum I: Obstetrik & Ginekologi Klinikal

 

FFMN 6623

Praktikum II: Obstetrik & Ginekologi Ambulatori

 

FFMN 6424

Disertasi dalam Kebidanan I

 

FFMN 6824

Disertasi dalam Kebidanan II

 

 

 

Semua calon wajib mengikuti dan lulus subjek Elektif (3 kredit) program ini iaitu:

 

Kod Kursus

Kursus

FFMS 6813

Pengurusan Kesakitan dan Pencegahan Jangkitan dalam Perubatan & Surgeri

 

 

Syarat-syarat umum kemasukan:

  • Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan dengan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PGNK) 3.0 dari Universiti atau mana-mana Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Senat atau;
  • Kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat yang diperoleh melalui Pentauliahan Pengalaman Terdahulu (APEL) atau melalui Pengiktirafan Pengajian Terdahulu (RPL) dan;
  • Pengalaman sebagai jururawat selama 3 tahun
  • Calon tempatan atau antarabangsa perlu memohon melalui Sekretariat Pengajian Siswazah UKM & Pusat Kembangan Pendidikan UKM

Syarat-syarat kemasukan khusus program:

  • Minimum 2 tahun pengalaman kerja yang memuaskan dalam Kemudahan Obstetrik dan;
  • Diploma Lanjutan/Kursus Posbasik Kebidanan dan minium pengalaman kerja yang memuaskan selama 1 tahun di kawasan tersebut.

Syarat-syarat kelayakan Bahasa Inggeris:

  • Minimum MUET Band 3 bagi semua pelajar tempatan
  • Minimum IELTS 6.5  atau TOEFL >79 bagi pelajar antarabangsa

DR. ASLINA MOHAMED YASIN

Penyelaras Program Sarjana Kejururawatan Mod Kerja Kursus

Email: aslina@ppukm.ukm.edu.my

No Telefon: +603 9145 6252