Jabatan Kejururawatan Fakulti Perubatan

 Universiti Kebangsaan Malaysia

VIDEO PROMO SARJANA SAINS PERUBATAN

 

Calon akan mengikuti pengajian Sarjana Sains Perubatan berdasarkan makluman berikut:

  1. Jenis pengajian dan tempoh mengikut Peraturan UKM (Pengajian Siswasah) 2015:
  • Sepenuh masa ialah dua (2) tahun dan tempoh maksimum adalah tiga (3) tahun
  • Separuh masa ialah tiga (3) tahun dan tempoh maksimum adalah empat (4) tahun 

    2. Kaedah Penyampaian:

  • Kuliah dan e- Pembelajaran
  • Pembentangan cadangan disertasi
  • Seminar/Kolokium/Bengkel
  • Tesis

3. Kaedah Pengendalian Program

Calon akan diselia oleh pensyarah dalam bidang pengkhususan tertentu untuk menyediakan proposal, menjalankan penyelidikan, membentangkan hasil, menerbitkan hasil dalam jurnal terindeks, menulis tesis dan menjalankan ujian viva.

Kemajuan calon akan dipantau dan dilaporkan oleh penyelia dalam sistem Laporan Kemajuan Calon sebelum calon dibenarkan untuk mendaftar bagi semester yang seterusnya.

Calon diselia untuk menjalankan aktiviti berkaitan penyelidikan seperti kajian perpustakaan, merekabentuk dan menjalankan eskperimen, mengumpul dan menganalisa data, membincang hasil kajian, menulis tesis dan jurnal serta membentang di seminar dan konferens sains perubatan atau saintifik.

Program ini terdiri daripada 4 semester seperti berikut:

Semester 1:

  • penyediaan proposal
  • pembentangan proposal kepada Jawatankuasa Penyelidikan di peringkat Jabatan
  • permohonan menjalankan penyelidikan dan kelulusan etika penyelidikan

Semester 2  hingga Semester 4:

  • kerja penyelidikan
  • membentangkan hasil penyelidikan di sekurang-kurangnya 1 persidangan saintifik
  • sekurang-kurangnya satu (1) Artikel Berindeks Jurnal WoS telah diterbitkan atau telah diterima untuk penerbitan
  • menulis tesis

Calon dikehendaki mengikuti Kursus Kaedah Penyelidikan (Kod Kursus FB6244) yang dianjurkan oleh pihak fakulti Perubatan UKM dalam usaha untuk mempelajari kaedah menjalankan penyelidikan.

Calon perlu membentangkan proposal di Jabatan masing-masing untuk penilaian oleh Penyelia. Proposal tersebut kemudiannya perlu dihantar kepada Jawatankuasa Etika Penyelidikan dan Jawatankuasa Etika Haiwan (jika berkenaan) untuk mendapatkan kelulusan sebelum akhir semester pertama. Pemantauan dilakukan oleh penyelia dan laporan kemajuan calon disediakan pada akhir setiap semester.

 

Syarat-syarat umum kemasukan yang berkaitan (berdasarkan kepada Peraturan Siswazah 2015):

  • Ijazah Sarjanamuda dengan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang baik dari Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat; atau
  • Ijazah Doktor Perubatan atau Doktor Pergigian dari Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi atau ijazah yang setaraf dengannya dari mana-mana institusi pengajian tinggi lain yang diiktiraf oleh Senat; atau
  • Kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat yang diperoleh melalui Akreditasi Pembelajaran berasaskan Pengalaman Terdahulu (APPT); atau
  • Memenuhi syarat lain yang ditetapkan oleh program (jika berkenaan); dan
  • Memenuhi syarat Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Syarat- syarat kemasukan khusus Fakulti Perubatan:

  • Ijazah Sarjanamuda Sains (kelas 1 atau 2) atau Ijazah Sarjana Sains atau Ijazah Sarjana Sains Perubatan atau Ijazah yang setara
  • Ijazah yang sedia ada mesti mempunyai kaitan dengan bidang penyelidikan dalam program yang dipohon;

  • Bagi calon luar negara, pemohon perlu membuktikan penguasaan Bahasa Inggeris yang baik dengan memperoleh sekurang-kurangnya skor TOEFL 550 atau IELTS 6 atau peperiksaan Bahasa Inggeris yang diterima oleh Senat UKM

  • Memenuhi syarat-syarat lain yang ditentukan oleh UKM dari semasa ke semasa.

     

 

 

DR. ZAINAH MOHAMED

Penyelaras Program Sarjana/ Doktor Falsafah Mod Penyelidikan

Email: zaizan@ppukm.ukm.edu.my

No Telefon: +603 9145 6265