Jabatan Kejururawatan Fakulti Perubatan

 Universiti Kebangsaan Malaysia

SARJANA KEJURURAWATAN
(KESIHATAN KOMUNITI)

Calon akan mengikuti pengajian Sarjana Kejururawatan (Kesihatan Komuniti) berdasarkan makluman berikut:

  1. Jenis pengajian dan tempoh:
  • Sepenuh masa ialah satu (1) tahun dan tempoh maksimum adalah dua (2) tahun.
  • Separuh masa ialah dua (2) tahun dan tempoh maksimum adalah empat (4) tahun.

   2. Kaedah penyampaian:

  • Kuliah
  • Pembelajaran yang disesuaikan
  • Pembelajaran berasaskan masalah
  • Seminar
  • Tutorial
  • Penempatan Klinikal

   3. Kaedah pengendalian program:

      Calon dikehendaki lulus 48 kredit program pengajian termasuk:

  • Kejururawatan Teras Siswazah (18 kredit)
  •  Kejururawatan Khusus Siswazah (27 kredit) (termasuk penyelidikan)
  • Elektif (3 kredit)

Semua calon wajib mengikuti dan lulus subjek Kejururawatan Teras Siswazah (18 kredit) program ini iaitu:

Kod Kursus

Kursus

FFGC 6113

Asas Teori Amalan Kejururawatan

FFGC 6313

Pembangunan Peranan Profesional & Etika Penjagaan Kesihatan

FFGC 6513

Biostatistik

FFGC 6713

Strategi Pengajaran dalam Kejururawatan

FFGC 6913

Penyelidikan Lanjutan dalam Kejururawatan

FFGC 6123

Strategi Pengurusan dalam Kejururawatan

Semua calon wajib mengikuti dan lulus subjek Kejururawatan Khusus Siswazah (27 kredit) program ini iaitu:

Kod Kursus

Kursus

FFCH 6013

Promosi Kesihatan dan Pencegahan Penyakit

FFCH 6213

Epidemiologi dalam Kesihatan Komuniti

FFCH 6413

Teori dan Praktis Kesihatan Komuniti Kejururawatan

FFCH 6223

Practikum I: Penilaian Komuniti dan Praktis Klinikal

FFCH 6623

Practikum II: Teknik-teknik Penilaian Program

FFMH 6424

Disertasi dalam Kesihatan Komuniti I

FFMH 6824

Disertasi dalam Kesihatan Komuniti II

FFCH 6024

Kepimpinan dan Pengurusan Kesihatan Komuniti Kejururawatan

Semua calon wajib mengikuti dan lulus subjek Elektif (3 kredit) program ini iaitu:

Kod Kursus

Kursus

FFMS 6813

Pengurusan Kesakitan dan Pencegahan Jangkitan dalam Perubatan & Surgeri

 

 

Syarat-syarat umum kemasukan:

  • Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan dengan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PGNK) 3.0 dari Universiti atau mana-mana Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Senat atau;
  • Kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat yang diperoleh melalui Pentauliahan Pengalaman Terdahulu (APEL) atau melalui Pengiktirafan Pengajian Terdahulu (RPL) dan;
  •  Pengalaman sebagai jururawat selama 3 tahun
  • Calon tempatan atau antarabangsa perlu memohon melalui Sekretariat Pengajian Siswazah UKM & Pusat Kembangan Pendidikan UKM

Syarat-syarat kemasukan khusus program:

  • Minimum 2 tahun pengalaman kerja yang memuaskan dalam Kemudahan Kesihatan Komuniti atau/dan;
  • Diploma/Sijil Perawatan Kesihatan Umum dan minimum pengalaman kerja yang memuaskan selama 1 tahun di kawasan tersebut.

Syarat-syarat kelayakan Bahasa Inggeris:

  • Minimum MUET Band 3 bagi semua pelajar tempatan
  • Minimum IELTS 6.5  atau TOEFL >79 bagi pelajar antarabangsa

https://www.ukm.my/spsfper/fees/

DR. ASLINA MOHAMED YASIN

Penyelaras Program Sarjana Kejururawatan Mod Kerja Kursus

Email: aslina@ppukm.ukm.edu.my

No Telefon: +603 9145 6252