Penerima Geran Padanan Antarabangsa Malaysia-Jordan 2025

Tahniah diucapkan kepada Felo Penyelidik KITA Dr. Noor Atika Shafinaz Nazri selaku penerima Geran Padanan Antarabangsa Malaysia-Jordan bagi tahun 2025 berjumlah RM30,000 untuk projek ‘Leaving No One Behind: Best Practices in Refugee Governance Framework from Jordan to Malaysia‘. Projek penyelidikan ini akan berjalan selama dua (2) tahun bersama-sama Prof. Dr. Zarina Othman (Pusat Kajian Sejarah, Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa, FSSK) dan Dr. Nik Mohammad Hasif Mat (IKMAS) selaku Penyelidik Bersama dengan kolaborasi kerjasama dengan Amman Arab University, Jordan.

Semoga Dr. Noor Atika dan pasukannya terus cemerlang menyumbang kepakarannya buat KITA, UKM dan negara.

Nota: Aktiviti ini meyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari aspek SDG10 dan SDG17.