Ucaptama Persidangan Pengajian Melayu Malaysia-China (PPPMC) 2025, 25 September 2025
Pada 25 September 2025 (Khamis), Pengarah Pengasas KITA Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin telah menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Pengajian Melayu di Pentas Global: Dulu, Sekarang dan Masa Depan’ pada Persidangan Pengajian Melayu Malaysia-China (PPPMC) 2025 yang telah berlangsung di Guangdong University of Foreign Studies (GDUFS), China. Ucaptama tersebut menekankan perjalanan panjang dan cabaran semasa bidang pengajian Melayu dalam konteks globalisasi, serta hala tuju masa hadapan bagi memastikan kesinambungan dan kelestariannya di peringkat antarabangsa.
Pada masa yang sama Prof Ulung Datuk Dr Shamsul turut menjadi saksi pada majlis perasmian Pusat Pengajian Melayu GDUFS-UM, sebuah inisiatif besar dalam memperkukuh jalinan akademik, budaya, dan hubungan Malaysia-China melalui platform ilmiah dan kerjasama pendidikan.
Nota: Aktiviti ini menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari aspek SDG4, SDG10 dan SDG17.


