Audit Penilaian Kendiri SPKPPP KITA, 30 September 2025

KITA telah menjalankan Audit Penilaian Kendiri tahun 2025 di bawah skop Sistem Pengurusan Kualiti Pengurusan Pengajian dan Perkhidmatan (SPKPPP) pada 30 September 2025 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat KITA dari jam 9 pagi hingga 4.30 petang. Sesi audit tersebut telah dihadiri oleh Ketua Jaminan Kualiti KITA Dr Shazlin Amir Hamzah, Panel Penilai Kendiri Dr Pue Giok Hun dan Pn Noorrulhawa Abu Bakar, Ketua Pentadbiran En Mohd Faris Ngadinin @ Adinin, pemilik-pemilik proses PnP KITA: Dr Nur Atiqah Tang Abdullah (Penyelaras Program Siswazah KITA), PM Dr Zaini Othman (Penyelaras Kursus RERE6012), Dr Chan Suet Kay (Penyelaras Kursus RERE6022), Dr Noor Atika Shafinaz Nazri (Penyelaras Kolokium Siswazah KITA) dan urusetia JK Siswazah KITA Pn Aimuni Othman.
Nota: Aktiviti ini menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari aspek SDG4 dan SDG16.
