Taklimat Pelajar Siswazah Baharu KITA 1/2025-2026, 1 Oktober 2025

Sesi Taklimat Pelajar Siswazah Baharu KITA bagi kemasukan Semester 1 Sesi 2025/2026 telah dijalankan pada 1 Oktober 2025 (Rabu), jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat KITA. Taklimat yang disampaikan oleh Penyelaras Program Siswazah KITA Dr Nur Atiqah Tang Abdullah turut dihadiri oleh urusetia JK Siswazah KITA dan para felo KITA selaku penyelia.

Nota: Aktiviti ini menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari aspek SDG4 dan SDG16.