Bengkel Penyelidikan 1 (Kualitatif) Kursus RERE6014, 1 November 2025

Pada 1 November 2025 (Sabtu), Institut Kajian Etnik (KITA) melalui Kursus RERE6014 Kaedah Penyelidikan (Kajian Etnik) telah menganjurkan Bengkel Penyelidikan 1 (Kualitatif) yang telah berlangsung di Bilik Mesyuarat KITA dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Selain merupakan sebahagian daripada sesi pengajaran dan pembelajaran Kursus RERE6014 Kaedah Penyelidikan (Kajian Etnik), bengkel ini turut terbuka kepada semua pelajar KITA dari program Sarjana Pengajian Etnik dan Doktor Falsafah (Pengajian Etnik). Seramai lima (5) orang pelajar dan satu (1) bakal graduan KITA telah menyertai bengkel tersebut. Bengkel satu hari ini dikendalikan dalam Bahasa Melayu oleh felo-felo KITA yang merupakan tenaga pengajar kursus RERE6014 dengan diketuai oleh Penyelaras Kursus RERE6014, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Sobhi Ishak seperti di bawah:
- Slot 1: Asas ilmu dan reka bentuk kajian kualitatif – Prof. Dr. Supyan Hussin
- Slot 2: Pengumpulan data kualitatif – Dr. Nur Atiqah Tang Abdullah
- Slot 3: Penggunaan AI dalam kajian kualitatif – Dr. Nurul Akqmie Badrul Hisham
- Slot 4: Penggunaan AI dalam pembinaan sorotan literatur – Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Sobhi Ishak
- Slot 5: Penganalisisan data – Dr. Pue Giok Hun
- Slot 6: Penghasilan tesis: aplikasi dan pengalaman – Prof. Dr. Supyan Hussin
Nota: Aktiviti ini menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari aspek SDG4.
Galeri foto @ Facebook KITA: klik di sini

