- This event has passed.
Sanggar Bicara Kursi Pengajian Malaysia: Victoria University of Wellington, New Zealand, 15 Disember 2025

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera YBhg. Prof. Ulung/Prof./Datuk/Dato’/Datin/ Tuan/ Puan,
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), akan menganjurkan Sanggar Bicara Kursi Pengajian Malaysia: Victoria University of Wellington, New Zealand secara bersemuka seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 15 Disember 2025 (Isnin)
Tempat: Bilik Mesyuarat KITA
Masa: 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
Platform: Aplikasi Zoom & Facebook Live KITA
Sehubungan itu, pihak KITA-UKM ingin mengundang YBhg. Prof. Ulung/Prof./Datuk/Dato’/ Datin/Tuan/Puan, ke Sanggar Bicara Kursi Pengajian Malaysia ini. Semoga dengan penyertaan YBhg. Prof. Ulung/Prof./ Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan, Sanggar Bicara ini akan berlangsung dengan jayanya.
Sukacita YBhg. Prof. Ulung/Prof./Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan dapat memanjangkan hebahan ini kepada semua kakitangan/pelajar di fakulti/institut/pusat masing-masing. Penyertaan akan direkodkan di dalam Sistem UrusBakat (bagi Kakitangan UKM). Perhatian dan kerjasama amatlah dihargai serta didahului dengan ucapan terima kasih.