Majlis Anugerah Kecemerlangan MyRA® UKM kali ke-5 (Prestasi Tahun 2024), 15 Disember 2025

Tahniah buat Institut Kajian Etnik (KITA) atas kejayaan merangkul Anugerah Institut Cemerlang bagi kategori Jaringan dan Jangkauan dalam Bidang Sains Sosial seperti mana yang diumumkan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan MyRA® UKM kali ke-5 (Prestasi Tahun 2024) yang telah berlangsung pada 15 Disember 2025 di DECTAR, UKM.
Serentak dengan itu, KITA turut meraikan kejayaan tiga warga KITA yang turut menerima Sijil Penghargaan Individu dalam kategori masing-masing seperti berikut:
- Kategori Keseluruhan (Bidang Sains Sosial): Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Sobhi Ishak
- Kategori Pendanaan (Bidang Sains Sosial): Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Sobhi Ishak
- Kategori Penyeliaan (Bidang Sains Sosial): Prof. Dr. Kartini Aboo Talib @ Khalid
- Kategori Inovasi (Bidang Sains Sosial): Dr. Chan Suet Kay



