Sambutan ulang tahun kelahiran Pengarah Pengasas KITA, 12 Januari 2026

Seluruh keluarga KITA telah berkumpul bersama-sama pada Isnin, 12 Januari 2026 untuk meraikan hari ulang tahun ke-75 Pengarah Pengasas KITA, Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin pada satu majlis sambutan ringkas namun penuh meriah di Pejabat Am KITA.

Turut hadir menyerikan majlis adalah dua orang mantan Setiausaha Pengarah, Pn Zanariah dan Pn Norlilah.

Semoga Prof Ulung Datuk Dr Shamsul AB sentiasa dirahmati Tuhan dan dikurniakan dengan kesihatan, kemurahan rezeki dan kesejahteraan dalam terus menerajui KITA serta menabur bakti kepada universiti, masyarakat dan negara.

Nota: Aktiviti ini meyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari aspek SDG3.

Pautan untuk album foto di Facebook KITA: klik di sini