Audit Pengawasan MS ISO 9001: 2015 Sistem Pengurusan Kualiti Pengurusan Pengajian dan Perkhidmatan (SPKPPP) UKM oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd., 23 April 2026

KITA telah selesai menjalani Audit Pengawasan MS ISO 9001: 2015 Sistem Pengurusan Kualiti Pengurusan Pengajian dan Perkhidmatan (SPKPPP) UKM oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. pada hari ini, 23 April 2026 (Khamis). Sesi audit tersebut telah dihadiri oleh Timbalan Pengarah KITA Prof. Madya Dr. Zaini Othman selaku wakil pengurusan, Ketua Jaminan Kualiti KITA Dr. Nur Atiqah Tang Abdullah, Ketua Pentadbiran Pn. Nor Eloni Nor Azmi, pemilik-pemilik proses PnP KITA, felo-felo dan urusetia JK Siswazah KITA dan JK Jaminan Kualiti KITA. Mesyuarat Penutup Audit telah berlangsung pada 12.40 tengah hari dengan cemerlang tanpa sebarang penemuan NCR dan OFI.
Sekalung penghargaan dan terima kasih buat Pn. Kamsiah Mansoor selaku Juruaudit SIRIM atas proses audit yang lancar dan mesra. Syabas dan tahniah juga buat semua warja kerja KITA yang telah bertungkus-lumus dalam persediaan audit tersebut sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.
Nota: Aktiviti ini menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari aspek SDG4 dan SDG16.
Galeri foto: klik di sini (Facebook KITA)


