Pengiktirafan sebagai Jurulatih Bertauliah HRD Corp mulai 30 Jun 2026

Sekalung syabas dan tahniah buat Felo Penyelidik Kanan KITA Prof. Madya Ts. Dr. Mohd. Sobhi Ishak atas pengiktirafan sebagai Jurulatih Bertauliah (Accredited Trainer) oleh HRD Corp, sebuah badan agensi kerajaan berkanun di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia (KESUMA), berkuatkuasa mulai 30 Jun 2026 hingga 30 Jun 2029. Semoga Dr. Sobhi terus cemerlang menyumbang khidmat dan kepakaran kepada masyarakat, universiti dan negara.
Nota: Aktiviti ini menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari aspek SDG12.