Kembara Landskap Etnogastronomi ke Kluang, 9 Julai 2026
KITA telah menganjurkan satu sesi Kembara Lanskap Etnogastronomi ke Kluang, Johor, yang telah berlangsung dengan jayanya pada 9 Julai 2026 (Khamis). Disertai oleh warga kerja KITA dan anak-anak, lawatan delegasi yang diketuai oleh Pengarah Pengasas KITA Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin ke Kluang menggunakan perkhidmatan tren ETS tersebut adalah bertujuan untuk meneroka dan memerhati secara langsung landskap sosiopolitik dan gastronomi Kluang yang meriah dalam suasana kempen sempena Pilihanraya Negeri Johor pada ketika itu.
Nota: Aktiviti ini menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari aspek SDG2, SDG3 dan SDG7 selain daripada selari dengan keperluan aktiviti Healthy University Rating System (HURS) anjuran ASEAN University Network (AUN).



