Penerima Geran Penyelidikan Jangka Pendek FCoEE, 22 Julai 2026

Tahniah diucapkan kepada Felo Penyelidik Kanan KITA Prof. Madya Ts. Dr. Mohd. Sobhi Ishak selaku penerima Geran Penyelidikan Jangka Pendek (STG) Fasa 3 Tahun 2026/2027 Faizuddin Centre of Educational Excellence (FCoEE) di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perlis (MAIPs) berjumlah RM7,000 untuk projek ‘Jurang Digital dan Pemerkasaan Pendidikan Digital dalam kalangan Pelajar Asnaf di Perlis: Satu Kajian Sosiologi Digital‘. Projek penyelidikan ini akan berjalan selama satu (1) tahun mulai Ogos 2026 bersama-sama tiga Penyelidik Bersama dari Universiti Utara Malaysia (UUM) iaitu Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Akram bin Dato’ Dahaman @ Dahlan (Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, SLCP), Prof. Madya Dr. Norsiah Abdul Hamid (Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi, SMMTC) dan Prof. Madya Dr. Sabrina Mohd Rashid (Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi, SMMTC).

Semoga Dr. Sobhi dan pasukannya terus cemerlang menyumbang kepakarannya buat KITA, UKM dan negara.

Nota: Aktiviti ini meyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari aspek SDG10 dan SDG12.