Kunjungan delegasi Unit APEL-UKM ke KITA, 20 Ogos 2026

Pada 20 Ogos 2026 (Khamis), Institut Kajian Etnik (KITA), UKM telah menerima kunjungan hormat dan sesi libat urus Unit APEL-UKM, Pusat Pengurusan Akademik ke KITA. Tujuan utama kunjungan ini adalah untuk memperkenalkan barisan pengurusan dan pentadbiran Unit APEL-UKM serta saluran-saluran Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (Accreditation of Prior Experiential Learning, APEL) yang relevan dengan program pengajian siswazah mod penyelidikan yang ditawarkan di KITA. Tumpuan khusus diberikan kepada APEL.A (Akses) di mana UKM telah mendapat perakuan MQA bagi akreditasi pengakreditan APEL.A peringkat Tahap 7 Sarjana untuk mod penyelidikan berkuat kuasa 6 Januari 2026 hingga 5 Januari 2030 dan terpakai untuk warganegara dan bukan warganegara Malaysia.

Terima kasih atas kunjungan dan penerangan terperinci oleh delegasi Unit APEL-UKM yang terdiri daripada Timbalan Pengarah Prof. Madya Dr. Zariyantey Abd Hamid, Penyelaras APEL.Q Dr. Nazlina Haiza Mohd Yasin, Penolong Pendaftar Kanan Pn. Syazriza Zulkipli dan Pembantu Tadbir En. Muhamad Haikal Syahmi Shariffudin.

Nota: Aktiviti ini menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari aspek SDG4 dan SDG8.