Audit EKSA, 1 Oktober 2026
KITA telah selesai menjalani Audit EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam) pada 1 Oktober 2026 (Khamis) dengan keputusan 2 Amalan Terbaik dan 8 Penambahbaikan. Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pasukan juruaudit yang terdiri dari Cik Nur Azwin Zulkifli (Ketua Kluster), Puan Hasnah Basirum (Juruaudit) dan Puan Salasiah Abdullah (Setiausaha) dari Unit Audit Dalam atas proses audit tersebut. Tidak lupa diucapkan syabas dan terima kasih juga kepada semua warga KITA yang bertungkus-lumus sepanjang proses persediaan menghadapi audit berkenaan. Semoga dengan ini persekitaran tempat kerja di KITA-UKM akan lebih berkualiti dan kondusif.
Nota: Aktiviti ini menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari aspek SDG3 dan SDG16.

