Pada 23 Oktober 2026 (Jumaat), Institut Kajian Etnik (KITA), UKM telah menerima kunjungan delegasi dari Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Ia merupakan satu lawatan penandaarasan yang bertujuan untuk mendapatkan pendedahan dan perkongsian amalan terbaik daripada KITA, UKM berkaitan pembangunan, pengurusan serta pelaksanaan program pengajian pascasiswazah dalam bidang yang berkaitan. Delegasi yang diketuai Dr. Zahrul Akmal bin Damin selaku Pengarah TRANSFORM-UTHM dan terdiri daripada Prof. Madya Dr. Fadillah binti Ismail (Timbalan Pengarah TRANSFORM), Prof. Dr. Mohamad Zaky bin Noh (Felo Penyelidik TRANSFORM) dan Cik Nor Azila binti Nor Azaman (Pembantu Tadbir TRANSFORM) telah disambut mesra oleh Pengarah Pengasas KITA Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, dan wakil-wakil pengurusan KITA.
Nota: Aktiviti ini menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari aspek SDG4 dan SDG17.