Anugerah Antarabangsa (Gemini Faculty) sempena Majlis Sambutan Akademia UKM 2026, 21 Oktober 2026

Seluruh warga KITA mengucapkan syabas dan tahniah buat Felo Penyelidik KITA Dr. Chan Suet Kay (Rachel) atas penerimaan Anugerah Antarabangsa (Gemini Faculty) sempena Majlis Sambutan Akademia UKM 2026 yang telah berlangsung pada 21 Oktober 2026 di Auditorium Akademia Siber Teknopolis (AST), UKM. Majlis ini merupakan acara tahunan bagi meraikan sumbangan dan pencapaian ahli akademik kepada dunia akademia selain menghargai jasa keilmuan dan pemikiran terkehadapan para akademik di peringkat Pendidikan tinggi.

Nota: Aktiviti ini menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari aspek SDG4 dan SDG12.