- This event has passed.
Seminar Persidangan Identiti ASEAN Malaysia dan Indonesia
LATAR BELAKANG
Hubungan akademik antara Institut Kajian Etnik (KITA) di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Fakulti Ilmu Sosial di Universitas Negeri Semarang (UNNES) telah bermula semenjak tahun 2015 melalui beberapa pertemuan di seminar, jemputan sebagai pengucaptama, pembentangan kertas kerja sebagai panel, penerbitan bersama, Letter of Intent (LOI) dan sebagainya. Dengan penglibatan pasca siswazah dalam dari kedua-dua institusi akademik lagi, pasti akan menjamin perkembangan masa depannya akan menjadi lebih mampan.
TEMA SEMINAR ANTARABANGSA
Kajian masyarakat, negara dan perubahan sosial di Indonesia-Malaysia berdasar tematik etnisiti, agama dan negara bangsa perlu sentiasa menjadi tumpuan akademik di kedua-dua negara ini. Tema kajian ini adalah penting kerana ianya memiliki nilai sejarah sosial semasa wilayah ini dikenal pasti sebagai Alam Melayu yang rentas dari Madagascar melepasi Fiji dan Samoa hingga ke negara-negara Latin Amerika. Dengan kedatangan penjajah Belanda dan Inggeris dan terbentuknya negara moden, akar umbi primordialisme berkaitan dengan dimensi nilai, bahasa, budaya dan agama masih dapat diperhatikan wujud walaupun berlakunya perbezaan oleh pemisahan itu jelas dalam dunia politik tetapi tidak dalam kehidupan realiti masyarakat di antara negara ini.
Memperkukuhkan kembali keterikatan solidariti kerumpunan dan dalam kehidupan bernegara di kedua–dua negara pada hari ini adalah penting bukan saja demi membina kesepaduan dan perpaduan dalam masyarakat tetapi dalam membina identiti komuniti ASEAN dan kestabilan sosial dan keharmornian di wilayah ini.
OBJEKTIF SEMINAR
- Berkongsi kajian terkini demi membina khazanah ilmu solidariti dalam memantapkan pembinaan
- Membina budaya penyelidikan dan penulisan dalam kalangan akademik
- Menyediakan pelantar akademia penyelidikan, seminar, penerbitan dan jarangan rentas negara dan wilayah
- Menjadikan komuniti akademia sebagai pemyumbang kepada dasar awam dalam pembangunan dan pembinaan negara bangsa dan komuniti ASEAN
MAKLUMAT SEMINAR
Tarikh : 19 April 2018 (Khamis), 9.00 pagi – 5.00 petang; dan 20 April 2018 (Jumaat), 9.00 pagi – 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Keris Perdana, Aras 3, Bangunan Pentadbiran, Kolej Keris Mas, UKM Bangi
PENGANJUR
- Kluster Etnisiti di Tempat Kerja, Institut Kajian Etnik (KITA)
- Kluster Perpaduan Nasional, Majlis Profesor Negara (MPN)
Semua adalah dijemput hadir.
Atur cara tentatif
