Satu projek kolaboratif untuk mempertingkatkan tahap penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan kanak-kanak dan remaja Orang Asli Temuan dari Kampung Kachau Luar, Semenyih dan Kampung Gabai, Dusun Tua, Daerah Hulu Langat, Selangor
Fasa 2 (18 Ogos β 24 Ogos 2018)
Pengenalan:
Program βPemerkasaan Kanak-Kanak dan Remaja Orang Asli Temuan untuk Keterangkuman Sosial dan Mobiliti Sosialβ Fasa 2 akan diadakan pada 18 Ogos β 24 Ogos 2018 (Sabtu-Jumaat) di Kolej Dato Onn, UKM Bangi. Ini merupakan kelangsungan program kem seminggu fasa 1 yang telah dijalankan pada 16 Mac β 22 Mac 2018 di Kem PLKN Millennium, Beranang, Selangor.
Sasaran jumlah kanak-kanak dan remaja Orang Asli Temuan bagi kem kedua bulan Ogos ini adalah 20 orang. Program ini akan diketuai oleh Dr. Ong Puay Hoon, Presiden Persatuan Disleksia Sarawak (DASwk), selaku Ketua Jurulatih. Prof. Dr. Ong Puay Liu, Felo Utama, Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah Penyelaras Program dan Pembantu Jurulatih.
Objektif:
Program ini bertujuan untuk memperkukuhkan kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dalam kalangan peserta yang mengikuti kem literasi sesi kedua ini.
Program Tentatif:
Jawatankuasa: