- This event has passed.
Wacana Pengurusan Kepelbagaian Agama, Perkongsian Malaysia & Indonesia

Sukacita dimaklumkan bahawa Projek Kajian Pengurusan Kepelbagaian Agama dan Institusi di Agama di Indonesia (DCP-2017-012/4) akan mengadakan Wacana Pengurusan Kepelbagaian Agama, Perkongsian Malaysia dan Indonesia.
Sehubungan dengan itu, YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan, dengan segala hormatnya dijemput hadir ke Program Wacana ini yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:
Tajuk : Wacana Pengurusan Kepelbagaian Agama, Perkongsian Malaysia & Indonesia
Tarikh : 9 April 2019, Selasa
Masa : 8.30 pagi – 1.30 petang
Tempat : Bilik Senat, Aras 5, Bangunan Canselori, UKM Bangi
Sekiranya ada kemusykilan atau pertanyaan berkenaan program berkenaan, bolehlah menghubungi urusetia Puan Bahirah Syazana binti Mohamad Zan di emel
Sekian, terima kasih.

